penghancur_emperium
IndoForum Junior B
- No. Urut
- 7
- Sejak
- 22 Mar 2006
- Pesan
- 2.477
- Nilai reaksi
- 122
- Poin
- 63
Konstabel disamun, teman wanita dirogol
PETALING JAYA 31 Julai - Seorang anggota polis berpangkat Konstabel menjadi mangsa penjenayah apabila dia dan teman wanitanya disamun tiga lelaki bersenjatakan parang di kawasan berhampiran Sunway Mentari di sini, awal pagi ini.
Lebih malang lagi, teman wanitanya berusia 30-an dirogol oleh salah seorang suspek tersebut.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi itu, anggota polis berusia 28 tahun itu dikatakan meninggalkan teman wanitanya dalam kereta sebelum ke satu lokasi berhampiran untuk menemui dua rakannya.
Ketika mereka sedang berbual, tiba-tiba dua lelaki turun daripada kereta Perodua Myvi lalu menyamun mangsa, Mereka cuba melawan tetapi kedua-dua suspek berjaya melarikan barang berharga serta wang tunai RM1,000.
Pada waktu yang sama seorang lagi suspek melarikan kereta konstabel bersama teman wanitanya.
Mangsa kemudiannya dirogol di sebuah kawasan semak sebelum suspek melarikan diri bersama kereta teman lelakinya.
Konstabel dan teman wanitanya kemudiannya membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Kelana Jaya, tidak lama kemudian.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.